Saturday, September 16, 2006

katanya untukku

kalaulah bibirnya berkata seiring dengan mindanya,
kalaulah aku punyai daya ingatan sepertinya,
mungkin hidup akan jadi lebih indah,

kalaulah kata-katanya hari ini sama dengan kata-katanya esok,
kalaulah aku hargai diriku sendiri dan tak mudah simpati,
mungkin aku boleh bersandar pada bahunya bila rasa penat,

kalaulah hatiku boleh jadi seperti orang dewasa,
kalaulah mindanya boleh jadi seperti orang dewasa,
kalaulah dia bukan pengecut,
kalaulah dia ada pendirian yang aku kagumi,
kalaulah dia tahu apa yang dia mahu,
kalaulah dia bukan dia yang aku kenali sekarang,

tapi dia tetap dia,
dan dia patut jadi dia,
dia suka jalan yang paling mudah dan pada kegagalan dia berserah,
semangatnya berubah-ubah,
idolanya berubah-ubah,
tapi dia tetap dia,
dan dia patut jadi dia,

kalaulah aku benar-benar bidadari dari bumi,
mungkin ada kuasa ajaib untukku mengabur mataku sendiri,
tapi aku bukan bidadari,



*Seorang insan yang paling aku sayang menulis kata-kata ini dalam buku nota aku pada suatu masa dulu. Bila aku membacanya kembali, aku mula melihat perkara sebenar yang kini menjarakkan aku dan dia. Di atas segala kelemahan diriku itu, aku memutuskan tidak mahu dia berasa lelah lagi. Aku tidak tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. Aku cuma mahu dia bahagia. Banyak sebenarnya yang perlu diperbaiki apabila aku melihat diriku sekarang ini. Sedihnya, aku berasa rindu pada kata-katanya. Dia sememangnya dapat melihat apa yang semua orang jarang atau tidak dapat lihat. Dan bagi aku, dia tetap bidadari.

Wednesday, September 13, 2006

rindu.....


biar aku memberitahu,
rinduku padanya tidak pernah hilang,
dalam kesakitan ini,
ingatan aku tetap kepada setiap senyuman yang dia hadirkan,
memang waktu itu, kita bertongkah arus,
baru mengerti kemanusian yang punya pelbagai wajah,
namun hatiku berasa senang setiap kali bersamanya,
masihku ingat, setiap kali kita berpegangan tangan,
erat gengamannya tidak ingin kulepaskan,
bila dia letih dan bersandar pada bahuku,
aku membiarkannya dan membelainya agar dia selesa,
aku cuba menjaganya,
aku ingin menjadi lelaki yang dapat dia berlindung,
menutup matanya dari segala kejahatan dunia ini,
aku mahu dia memeluk tubuhku,
agar dia tahu bahawa aku dan dia adalah satu,
setiap waktu kan bersama,
setiap detik kita kira bersama,
sayangnya, begitu sayangnya,
aku disini dan aku melihat diriku hanya sendiri,
aku menjengketkan kakiku,
cuba mengintai hidupnya,
bagaimanakah dirinya kini,
dengan tiadanya aku di sisi,
aku masih berharap dia bahagia,
senyumanan memang bukan milik aku,
aku tak dapat lagi menipu diri,
kecewa, aku memang kecewa,
aku tak dapat pusing balik masa,
aku juga tidak berani menghadapinya,
setelah apa yang terjadi, keadaan tidak akan sempurna seperti dahulu,
dalam waktu begini,
aku terus mengenangkannya,
waktu bahagia yang aku dan dia pernah ada,
takkan ia pernah luput,
kerana aku merindukannya,
sampai kini, aku rindu padanya