Wednesday, September 13, 2006

rindu.....


biar aku memberitahu,
rinduku padanya tidak pernah hilang,
dalam kesakitan ini,
ingatan aku tetap kepada setiap senyuman yang dia hadirkan,
memang waktu itu, kita bertongkah arus,
baru mengerti kemanusian yang punya pelbagai wajah,
namun hatiku berasa senang setiap kali bersamanya,
masihku ingat, setiap kali kita berpegangan tangan,
erat gengamannya tidak ingin kulepaskan,
bila dia letih dan bersandar pada bahuku,
aku membiarkannya dan membelainya agar dia selesa,
aku cuba menjaganya,
aku ingin menjadi lelaki yang dapat dia berlindung,
menutup matanya dari segala kejahatan dunia ini,
aku mahu dia memeluk tubuhku,
agar dia tahu bahawa aku dan dia adalah satu,
setiap waktu kan bersama,
setiap detik kita kira bersama,
sayangnya, begitu sayangnya,
aku disini dan aku melihat diriku hanya sendiri,
aku menjengketkan kakiku,
cuba mengintai hidupnya,
bagaimanakah dirinya kini,
dengan tiadanya aku di sisi,
aku masih berharap dia bahagia,
senyumanan memang bukan milik aku,
aku tak dapat lagi menipu diri,
kecewa, aku memang kecewa,
aku tak dapat pusing balik masa,
aku juga tidak berani menghadapinya,
setelah apa yang terjadi, keadaan tidak akan sempurna seperti dahulu,
dalam waktu begini,
aku terus mengenangkannya,
waktu bahagia yang aku dan dia pernah ada,
takkan ia pernah luput,
kerana aku merindukannya,
sampai kini, aku rindu padanya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home