Menemui aku yang bermasalah
Selamat datang ke dalam dunia yang tanpa manusia melainkan aku. Kehadiran jari-jemariku menekan papan kekunci pada malam gelap sepi ini adalah untuk menyampaikan sesuatu yang tanpa membawa sebarang maksud. Sebagaimana kata-kata yang terdahulu, ia tetap tidak membawa sebarang makna yang padu untuk digenggam sebagai satu pikiran.
Nafas aku masih berhembusan pada jasadku yang menjamah usia 25 tahun. Sekitar aku, masih terdapat manusia bijak bodoh berkeliaran menentukan halatuju masing-masing. Tandanya, dunia masih belum kiamat. Ini satu berita baik namun berita buruknya, aku masih terpaksa memikul tubuh ini sehingga seseorang mencampakkannya ke lubang kubur.
Saban hari aku mendengar caci maki. Ada daripadanya yang mengena aku, selebihnya terpalit kepada muka orang lain. Mana yang sampai padaku, terpaksalah ku menelan. Jarang sekali berlaku, namun ada waktunya letupan itu terjadi lantaran kemarahanku. Aku maki mereka balik. Aku caci mereka kerana aku benci mereka. Sialan. Bodoh. Jahanam.
Aku ingin pulang. Tubuhku terasa terlalu letih. Aku tak pasti sama ada esok, sang fajar akan tersenyum kepada aku lagi sebagaimana hari ini. Kegembiraan yang terbit itu sukar digambarkan. Setulusnya, aku mahu sendiri. Dapatkah mereka biarkan aku sendiri?